Selasa, 28 April 2009

Tips Kehidupan Untuk Hari Ini

1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruahdiri.
2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.
3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.
4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.
5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.
6. Orang yang sudah hilang sifat marah - dayus, cepat melahirkan sifat marah - lemah mujahadah. Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.
7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.
8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.
9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan Allah, ini adalah hakNya pula.
10. Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan

Khasiat makanan dalam pandangan Islam.

Sirajuddin Abbas

1.Roti (khubz)Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalampembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kitaakan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akanmenyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabis.a.w. pernah bersabda 'Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu denganmemotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu'.

2.Jintan Manis (anisun)Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan,melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalamusus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling matabagi menguatkan pandangan mata.

3.Epal (tuffah)Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkanorgan hati.

4.Asparagus (hiyawn)Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang danmemudahkan kelahiran anak.

5.Pisang (mawz)Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

6.Barli (sya'ir)Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barlikepada orang yg mengidap demam.

7.Selasih (manis rayhan)Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan caramenyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

8.Mentega (zubdah)Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkansembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makananyang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

9.Bunga kubis (qunnabit)Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

10.Chamomile (babunaj)Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangatberguna untuk memanaskan badan.

11.Lobak merahKegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan airkencing.

Khamis, 23 April 2009

Badan Kehakiman vs Badan Perundangan

Menurut Sivarasa Rasiah, Ahli Parlimen Subang juga merupakan seorang peguam), keputusan Mahkamah Persekutuan dalm kes Speaker Perak bercanggah dengan keputusan kes-kes dahulu di negara ini dan di negara lain berdasarkan sistem perundangan yang sama sebagai contoh di United Kingdom dan India.Beliau berpendapat, keputusan tersebut menimbulkan kekeliruan dalam kedudukan undang-undang yang sedia ada mengenai pengasingan kuasa badan kehakiman dan badan perundangan.Katanya, implikasi keputusan Mahkamah Persekutuan itu, seolah-olah badan kehakiman ada kuasa sekarang untuk menentukan kesahihan tindakan oleh badan perundangan. Ini adalah pendirian yang cukup luar biasa dan mengejutkan kebanyakan pemerhati dan pengamal undang-undang.Keputusan ini tidak akan menyelesaikan pertikaian politik Perak sebab mahkamah menolak memberi jawapan kepada isu tentang mesyuarat Dewan Negeri di bawah pokok."Ini adalah satu yang cukup penting kerana mesyuarat DUN itu telah mengesahkan pengantungan Zambry dan 6 orang ADUN BN yang lain. Ini bukan keputusan Speaker seorang." jelas SivarasaKata Sivarasa lagi, Keputusan mesyuarat DUN di bawah pokok masih sah dan belum diisytiharkan tidak sah oleh mana-mana pihak dan tidak boleh diisytiharkan tidak sah."Keputusan tersebut juga memberi imej negatif kepada badan kehakiman kerana nampak campurtangan badan ini dengan badan perundangan." tegasnya. Suara Perak

Situasi Perak

hm...sudah lebih 2 bulan, kes kerajaan di Perak belum selesai..walaubagaimanapun saya tetap akan memberi sokongan moral kepada kepimpinan pakatan rakyat...selama dr Zambry jadi mb haram,dy x penah pn datang ke surau2 or masjid2 untuk solat subuh di kawasan saya..ini sungguh berbeza dgn Mb Nizar yg baru saja 9bulan menjadi mb sudah byk kali menjadi imam dan memberi kuliah subuh di masjid2 n surau2 di seluruh negeri kesayangan saya ini Perak..selama Zambry menjadi exco pelajaran Perak dulu, tidak pernah sekali pn beliau melawat kolej islam kuala kangsar..tetapi Mb Nizar sudah byk kali membuat qiammulai di kolej berkenaan..Mb Nizar adalah pemimpin kesayangan kami..mengapa kerajaan BN merampas hak kami???kalau BN gentleman, serah kuasa ini kepada rakyat negeri Perak...semenjak PR memerintah negeri yang kaya dengan bijih timah pd satu tika dulu, sekolah2 agama rakyat telah mendapat pelbagai kelebihan yg selama ini disekat oleh BN, contoh seperti pinjaman buku teks, mengapa sekolah agama rakyat ini tidak mendapat peruntukkan seperti yg dinikmati oleh sekolah kebangsaan??kerajaan BN telah menuduh Mb Nizar boneka DAP??betul kah dakwaan ini??kes pemberian tanah 999tahun kepada rakyat cina perak telah menjadi isu panas..hampir setiap hari isu ini di hebohkn melalui media2 BN..Mb nizar memberi tanah kepada rakyat cina Perak yg miskin..adakah ini salah???sedangkan BN yg memberi tanah kepada cina kaya contoh seperti Genting Highland??Pangkor Laut???adakah isu ini hanya boleh ditutup sebelah mata sahaja???bg saya sebagai penduduk negeri Perak amat beberbangga dgn rakyat Perak yg telah memilih pemimpin mereka ketika PRU12 dulu..rakyat Perak berani membuat perubahan..bagaimana dgn negeri2 lain yg masih ditakuk lame??buka la minda kite seluas2 nye..walaupun Mb Nizar satu2 nye parti Pas dlm exco2 tertinggi kerajaan Perak tetapi beliau dapat mengapalai bahtera itu dengan tidak ade cacat cela pn...belia difitnah oleh pengecut2..kenapa kuasa speker boleh dipertikaikn??speker DUN ibarat seperti refree bola sepak juga..sekiranya pemain dilayang kad merah,tiada yg boleh membantah,jurulatih jg boleh dikenekan kad merah...bnd ini jelas,semua undang2 telah membuktikn kuasa speaker tidak boleh dilawan oleh ahli DUN.....