Jumaat, 6 Februari 2009

Kekejaman FRU


Kerajaan Yang Haram

Dengan penuh rasa asa kecewa dan sayu tatkala melihat sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat jelata dengan sah berlandaskan sistem demokrasi, kini telah rebah dan hancur. Mereka rebah bukan kerana pemimpin utamanya, tapi rebah dan tersungkur disebabkan cara kotor pihak musuh yang jelas menghalalkan perbuatan menculik dan mengugut beberapa ahli dun dari kerajaan halal dan kini beberapa ahli dun tersebut telah bersekongkol tanpa merasa bersalah dan malu kepada rakyat yang mereka menjadi wira dalam merebahkan kerajaan halal tersebut.
Amat terguris hati bila mana salah seorang pemimpin utama kerajaan pusat dengan begitu angkuh dan berani mengambil peranan dalam menggerakan usaha bagi merebahkan kerajaan halal tersebut. Dengan sedikit pun tidak ada rasa malu apatah lagi rasa bersalah kepada rakyat jelata di negeri itu, mereka mengacau bilaukan pentadbiran kerajaan halal tersebut dengan menyekat kewangan sehingga melemahkan pembangunan yang cuba ingin dilaksanakan di negeri itu.Bahkan kerajaan halal itu terpaksa berhadapan dengan media-media yang tidak beretika dan secara terang terangan menghentam sehabis-habis kerajaan halal itu dan digambarkan bahawa segala-galanya lemah dan buruk belaka.Belum pun sempat kerajaan halal itu menangkis tohmahan dan serangan bertali arus oleh media-media kerajaan itu, datang pula serangan-serangan yang cuba digerakkan oleh ahli pembangkang dalam kerajaan itu yang ingin memastikan bahawa misi untuk merebah dan menumbangkan dengan apa cara sekalipun akan terlaksana.Pendekatan "dapatkan dengan apa cara sekalipun" itu kini telah dizahirkan oleh pemimpin no.1 negara setelah tidak lagi kedengaran nada benci terhadap mereka-mereka yang telah terlibat dalam kes melompat parti. Malah nadanya telah berubah sama sekali dengan menyokong bahawa tindakan beberapa adun dari kerajaan halal tersebut menyertai barisan mereka adalah bijak dan bagus. Apakah jika berlaku perbuatan melompat parti kelak khususnya ke dalam parti yang diperjuangkan oleh kerajaan halal itu akan menukarkan pula nada pemimpin no.1 tersebut? "Ibarat meludah ke langit, akhirnya terkena ke muka sendiri.Yang pasti kini, rakyat jelata amat benci sebenci bencinya perbuatan 'merampas' hak orang lain dengan cara yang tidak bertamadun dan tidak dapat diterima akal sama sekali. Malah mungkin ada dikalangan ahli parti kerajaan pusat merasa malu dengan tindakan pemimpin mereka.Pada hemat saya, memang rakyat tidak kisah parti mana pun yang memerintah negerinya asalkan itu adalah pilihan majoriti rakyat yang turun membuang undi secara ikhlas dan jujur. Cara merampas itu adalah secara tidak langsung mereka telah menodai dan mengetepikan kuasa rakyat tersebut. Inilah yang amat menyedihkan.Alangkah elok dan telusnya jika kerajaan baru perak itu dinaikkan melalui pilihanraya supaya rakyat sendiri dapat menentukan episod seterusnya parti mana yang berjaya menawan hati rakyat. Adalah terlalu tidak adil buat kerajaan halal yang telah ditumbangkan hanya dengan melalui cara lompatan adun dan apa-apa lagi muslihat sulit yang rakyat tidak ketahui, maka dengan mudah kerajaan baru dibentuk tanpa bersandarkan sentimen terkini rakyat terhadap situasi sebenar yang berlaku.Kini sudah ada ura-ura bahawa ada perancangan tertentu untuk merebahkan beberapa lagi kerajaan halal rakyat dengan sewenang-wenang mencabul kuasa undi rakyat dalam pilihanraya yang lalu. Jika benar selepas ini akan ada lagi episod penculikan dan apa-apa sahaja yang boleh dikaitkan dengan tindakan yang tidak bermoral, maka tunggu sajalah dalam PRU ke 13 nanti bahawa gelombang kebencian rakyat pasti semakin memuncak dan mereka yang mencabul kuasa undi rakyat akan dihukum dengan seadil adilnya.Kini kalian telah direbahkan, namun tak beerti kalah, ayuh maralah dengan 1001 misi merencanakan kejatuhan musuh mu dengan sokongan rakyat yang kini semakin kukuh dibelakang kalian wahai kerajaan halal rakyat..... KEBENARAN DARI ALLAH PASTI AKAN MUNCUL ..... InsyaALLAH.

Rakyat Perak Dizalimi

Barisan pemimpin atasan Pakatan Rakyat menyifatkan tindakan mengosongkan pejabat rasmi menteri besarnya Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai "rampasan kuasa yang biadap.""Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut," kata tiga pemimpin kanan tiga parti gabungann itu dalam satu kenyataan bersama.Mereka merujuk kenyataan Mohammad Nizar pagi ini selepas ke pejabatnya dan mendapati ia telah dikosongkan dan "barang- barangnya telah diambil tanpa notis dan tanpa kebenaran serta pengetahuannya."Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dan Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata mereka akan mencabar legitimasi pelantikan menteri besar baru, Datuk Dr Zambry Abd Kadir.Mereka juga menyeru orang ramai yang tidak berpuas hati dengan babak-babak peralihan kuasa di negeri Pakatan itu "bertindak secara aman dan tertib."Sebelum itu, dalam sidang media mereka di Petaling Jaya (foto) sejurus selepas majlis angkat sumpah Dr Zambry, Anwar berkata Pakatan masih menerima tindakan lompat parti kerana peraturan sekarang mengharamkan wakil rakyat meletakkan jawatan.Dalam kenyataan berasingan, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membantah keputusan Sultan Perak menitahkan Mohammad Nizar melepaskan jawatannya semalam."Mohammad Nizar hanyalah boleh diturunkan daripada kedudukannya sebagai menteri besar menerusi undi tidak percaya yang dilakukandi Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa ia bersidang," katanya."PAS berpendapat bahawa suasana kekalutan yang sedang berlaku di Perak pada masa kini boleh dielakkan daripada menjadi lebih buruk sekiranya prinsip asas yang merujuk undang-undang negeri dan Perlembagaan Persekutuan dijadikan rujukan." Tambah Abdul Hadi, PAS yakin bahawa jika permohonan menteri besar Pakatan Rakyat itu untuk membubarkan DUN diterima, maka suasana tegang dan boleh menuju kepada satu krisis perlembagaan boleh dielakkan. Beliau juga menyeru para penyokongnya di seluruh negara bertenang dan "tidak terjebak dalam perangkap provokasi" yang mungkin ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu.Baca berita penuhBerikut kenyataan penuh mereka:Pimpinan Pakatan Rakyat menyatakan rasa kesal terhadap tindakan biadap rampasan kuasa di Perak termasuk layanan terhadap YAB Dato' Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak di mana semua barangan telah dirampas dari pejabat beliau. Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut.Kami akan memfailkan satu saman bagi mencabar keabsahan pelantikan menteri besar yang baru dari Barisan Nasional. Panel peguam sedang mengkaji tindakan ini. Kami masih berpendirian bahawa YAB Dato' Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi Menteri Besar Perak yang sah.Pada ketika ini pelbagai reaksi sedang ditunjukkan oleh rakyat sebagai reaksi spontan kepada krisis di Perak ini. Reaksi tersebut adalah untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap penyalahgunaan kuasa oleh Barisan Nasional. Kami menggesa kepada semua agar bertindak secara aman dan tertib. Kami merayu agar pihak polis bertugas secara profesional dan tidak menimbulkan sebarang provokasi atau huru-hara