Selasa, 28 April 2009

Khasiat makanan dalam pandangan Islam.

Sirajuddin Abbas

1.Roti (khubz)Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalampembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kitaakan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akanmenyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabis.a.w. pernah bersabda 'Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu denganmemotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu'.

2.Jintan Manis (anisun)Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan,melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalamusus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling matabagi menguatkan pandangan mata.

3.Epal (tuffah)Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkanorgan hati.

4.Asparagus (hiyawn)Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang danmemudahkan kelahiran anak.

5.Pisang (mawz)Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

6.Barli (sya'ir)Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barlikepada orang yg mengidap demam.

7.Selasih (manis rayhan)Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan caramenyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

8.Mentega (zubdah)Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkansembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makananyang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

9.Bunga kubis (qunnabit)Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

10.Chamomile (babunaj)Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangatberguna untuk memanaskan badan.

11.Lobak merahKegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan airkencing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan