Sabtu, 9 Mei 2009

Syabas Buat Kerajaan Pakatan Rakyat Perak Kerana Berjuang Ke Titisan Darah !


Syabas di ucapkan kepada kerajaan Pakatan Rakyat yang sah kerana berjuang ke titisan darah yang terakhir, di bawah pimpinan MB Nizar. Setinggi-tinggi pujian juga diucapkan kepada Speaker yang sah, V. Sivakumar kerana berani dan berdiri teguh di bawah payung kebenaran.

Walaupun beliau telah di beri pelbagai tekanan tetapi tetap berdiri teguh menentang kebatilan dan kejahatan UMNO BN.



V. Sivakumar telah diseret oleh kumpulan polis dengan rakusnya keluar dari DUN Perak. Ini merupakan detik sejarah hitam yang terpalit dalam sistem demokrasi di negara kita. Tindakan menggunakan polis untuk menghalau keluar Speaker dan ADUN daripada dewan merupakan peristiwa hitam dalam sejarah negara ini. Tindakan mematikan pembesar suara V. Sivakumar amat jelek dan tidak patut berlaku dalam sebuah negara moden.
Namun dunia sudah jelas melihat gelagat-gelagat UMNO BN yang rakuskan kuasa sehingga sanggup membuat tindakan ala Robert Mugabe untuk survival politik mereka. Yang menjadi wira di mata rakyat adalah MB Nizar dan rakan-rakannya, manakala petualang agama,bangsa dan negara adalah UMNO BN. Maka, rakyat tidak sukar untuk menghukum UMNO BN dalam masa terdekat ini.

1 ulasan: