Khamis, 11 Jun 2009

10 Matapelajaran SPM dan BI wajib lulus????????

Penulis tidak sempat untuk memberikan sedikit komentar kerana semasa pelbagai isu timbul penulis sibuk membuat persediaan program kendalian penulis. Namun kini penulis mempunyai banyak masa untuk menyumbangkan sedikit komentar mengenai isu 10 matapelajaran maksimum hanya dibenarkan kepada calon SPM. Sedikit komentar mengenai isu ini:

1.Penulis hanya mahu pembaca sekalian memahami istilah sijil terbuka yang diperkenalkan oleh kerajaan hampir 10 tahun lalu. Dahulunya keputusan SPM ditentukan melalui pengiraan system agregat iaitu melalui 10 matapelajaran hanya dikira 3 matapelajaran terbaik teras termasuk Bahasa Melayu dan 2 terbaik matapelajarn pilihan dan 1 dari mana-mana kumpulan teras atau pilihan. Nilai agregat tertinggi adalah 6 agregat. Namun kini adalah sijil terbuka, calon yang mengumpul jumlah A1 terbanyak akan mendapat kedudukan yang terbaik.
2. Bermula daripada Nur Amalina che Bakri (17 1A), Azali Azlan ( 21 1A) dan terbaru Nur Madihah 20 1A sebenarnya merunsingkan pihak kerajaan. Mana tidaknya! Kesemua pelajar yang menjadi tumpuan negara seanteronya adalah pelajar di sekolah biasa dan terbaru Nur Madihah belajar di sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) yang baharu setahun mendapat bantuan kerajaan. Mereka bukanlah keralhiran kilang anak emas mereka iaitu sekolah berasarama penuh (SBP). Sebelum ini kerajaan akan berbangga dengan pencapaian kilang anak emas mereka dengan pencapai 100% 10 1A. Namun dengan kejayaan Nur Amanina, Azali dan Madihah menutup kecemerlangan anak emas mereka. Pihak SBP bukan tidak membenarkan muridnya mengambil lebih matapelajaran tetapi kekangan masa yang terhad kerana untuk mengambil lebih daripada 10 matapelajaran memerlukan seseorang pelajar menghadiri tuisyen di luar waktu sekolah. Mana mungkin pelajar di asrama untuk menghadiri tuisyen di luar!.
3. Bagi penulis, tiada sebab yang munasabah untuk kerajaan tidak membenarkan murid mengambil lebih 10 matapelajaran. Lebih matapelajaran sebenarnya menonjolkan kehebatan dan keunggulan pelajar Malaysia!. Penulis tidak faham apa yang dijelaskan oleh kerajaan, dengan mengambil maksima 10 matapelajaran, guru dapat member perhatian penuh kepada pelajar. Sebanarnya tidak ramai pelajar yang mengambil lebih 10 matapelajaran iaitu hanya kira-kira 48000 daripada 500000 calon SPM tahun lepas. Jadi jika mereka mampu apa salahnya!

Akhir kalam, Kementerian Pelajaran perlu professional untuk melahirkan sesebuah generasi. Generasi yang bijaksana dan bijaksini perlu diadun dengan pelbagai bahan supaya mereka tegak menahan panahan dunia global yang bukan mengancam tetapi mencincang jiwa mereka.

1 ulasan:

  1. mungkin aku setuju gak dengan pendapat sang penulis sebab aku tak rase ade salahnye sekiranya tikus2 experiment caturan sistem pendidikan malaysia ni dibenarkan untuk ambil seberapa banyak subjek dalam espiem as long as diorunk mampu....

    BalasPadam