Khamis, 23 April 2009

Badan Kehakiman vs Badan Perundangan

Menurut Sivarasa Rasiah, Ahli Parlimen Subang juga merupakan seorang peguam), keputusan Mahkamah Persekutuan dalm kes Speaker Perak bercanggah dengan keputusan kes-kes dahulu di negara ini dan di negara lain berdasarkan sistem perundangan yang sama sebagai contoh di United Kingdom dan India.Beliau berpendapat, keputusan tersebut menimbulkan kekeliruan dalam kedudukan undang-undang yang sedia ada mengenai pengasingan kuasa badan kehakiman dan badan perundangan.Katanya, implikasi keputusan Mahkamah Persekutuan itu, seolah-olah badan kehakiman ada kuasa sekarang untuk menentukan kesahihan tindakan oleh badan perundangan. Ini adalah pendirian yang cukup luar biasa dan mengejutkan kebanyakan pemerhati dan pengamal undang-undang.Keputusan ini tidak akan menyelesaikan pertikaian politik Perak sebab mahkamah menolak memberi jawapan kepada isu tentang mesyuarat Dewan Negeri di bawah pokok."Ini adalah satu yang cukup penting kerana mesyuarat DUN itu telah mengesahkan pengantungan Zambry dan 6 orang ADUN BN yang lain. Ini bukan keputusan Speaker seorang." jelas SivarasaKata Sivarasa lagi, Keputusan mesyuarat DUN di bawah pokok masih sah dan belum diisytiharkan tidak sah oleh mana-mana pihak dan tidak boleh diisytiharkan tidak sah."Keputusan tersebut juga memberi imej negatif kepada badan kehakiman kerana nampak campurtangan badan ini dengan badan perundangan." tegasnya. Suara Perak

3 ulasan:

  1. wah2!!!
    nmpknye poji yg slalu kutok ditto pasal blog
    da ada blog da...
    hak3
    tidak aku sangka ko ada blog
    hak3

    BalasPadam
  2. oyt..aq dh ade blog ni since feb la.
    hahahaha....
    aq wat psl krisis politik Perak n Malaysia.
    hoho

    BalasPadam
  3. FRU buat keje je..
    amanah terhadap tugas..
    jgn nak pertikai plak..
    ekekeke..

    BalasPadam