Selasa, 23 Jun 2009

Najib Putar Belit


Selepas episod malang gagal melamar Pakatan Rakyat untuk menyertai Kerajaan Perpaduan, Perdana Menteri Najib Abdul Razak mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO BN tidak perlukan Pakatan Rakyat untuk memerintah negara ini.


Kenyataan putar belit Najib itu dikeluarkan ekoran dakwaan bahawa kerajaannya lemah sehingga memerlukan sokongan mandat dari Pakatan Rakyat adalah tidak benar. Jikalau betul kerajaan UMNO BN kuat, kenapa beria-ria benar mengajakkan Pakatan Rakyat menyertai Kerajaan Perpaduan? Ini jelas menunjukkan UMNO BN sangat terdesak sekarang dan memerlukan talian hayat.

UMNO BN menghadapi krisis keyakinan yang serius selepas mengalami kekalahan teruk dalam Pilihanraya Umum Ke 12. Pentadbiran Najib terus dipersoalkan apabila UMNO BN kalah di semua pilihanraya kecil di Semenanjung Malaysia.

Pakatan Rakyat di Parlimen hari ini menutup semua saluran membincangkan isu kerajaan perpaduan bersama UMNO BN. Ini merupakan tamparan hebat buat Najib dan kuncu-kuncunya yang memanipulasikan isu Kerajaan Perpaduan selama ini.

Keputusan ini disusuli dengan kenyataan dari Mursyidul Am Pas Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa PAS telah menyelesaikan perselisihan faham berhubung isu yang diperbesar-besarkan media jahat pro UMNO BN dan membulat tekad melawan UMNO BN habis-habisan.

Namun, Najib bagaikan tidak serik apabila berkata UMNO akan terus membuka pintu untuk membincangkan isu kerajaan perpaduan, walhal beliau juga berkata UMNO BN tidak perlukan kepada Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan perpaduan.

3 ulasan:

  1. najib ke ko yg putar belit nie hak3...

    BalasPadam
  2. pusing2 lidah berpusing...hak3 weyh ku da lme tak updated ngan mende2 nih...

    BalasPadam